“If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go with many.”
“You are who you surround yourself with.”
“If you have 5 rich friends, you are going to be the 6th.”
Tuan – tuan dan puan – puan, biasa dengar tak kata – kata hikmat diatas?
Kalau anda orang sales, dan bekerja dalam team, saya yakin salah satu daripadanya mesti anda pernah dengar kan?
Even kalau scroll mana – mana social media pun mesti ada lintas.
Edit – edit sikit, letak caption deep – deep sikit, lepas tu orang post.
Kata – kata ini sebenarnya dah lama disebut oleh ramai successful person.
“Your network is your net worth” kata mereka.
Tapi kebanyakkan orang yang belum sampai tahap macam mereka ni rasa was – was je nak percaya.
Especially saya lah waktu dulu.
Biasanya bila masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Tak pernah lekat dalam kepala.
Seolah – olah macam benda ni remeh kita tak perlu ambil berat pun.
Sebab apa agaknya?
Reason paling mudah, sebab kita tak nampak mechanism macam mana ia berfungsi.
Macam mana hanya dengan memilih dengan siapa kita berkawan boleh menentukan corak kehidupan kita tak kira lah luar atau dalam bidang sales.
Tuan – tuan dan puan – puan.
Dalam arktikel ini, saya akan kongsikan kepada anda apa itu social conformity dan macam mana dengan hanya memilih kawan dapat mempengaruhi sales performance anda sebagai salesperson.
Antara topic yang kita akan go through adalah:
Dah ready?
Jom kita mula.
Dulu waktu zaman belajar dekat sekolah, perasan tak bila cikgu tanya “ada soalan takkkk?”, semua orang akan senyap dan tak bertanya?
Padahal kita tahu waktu tu ramai je yang satu habuk pun tak faham.
Tapi malu atau takut punya pasal, semua diam.
End up ada lah seorang dua yang pergi bilik guru atau bilik pensyarah untuk tanya secara private.
Saya lah tu salah seorang daripadanya.
Dulu saya pelik kenapa bila saya duduk dalam masjid, bila habis je azan, saya tengok dulu kiri kanan ramai tak orang yang bangun solat sunat.
Kalau ramai, saya bangun solat.
Kalau tak ramai, saya malas.
Saya sendiri tak tahu macam mana nak define apa yang saya rasa.
Bila saya bangun, saya tak rasa yang saya nak tunjuk warak.
Tapi bila saya tak bangun, saya confirm yang saya tak nak orang hukum saya teruk dan malas nak beribadat.
Akhirnya membuatkan saya bangun juga dan tunaikan solat sunat.
Of course tak bagus lah kan?
Sebab beribadat kerana manusia, bukan kerana Tuhan.
Tapi itu bab lain.
Yang saya nak cerita ni kenapa saya berasa macam tu.
Kalau anda pun pernah lalui benda yang sama dengan saya, saya pasti anda mesti boleh relate dengan situasi yang saya cerita ni.
Actually tuan – tuan dan puan – puan, kenapa benda ni berlaku?
Sebabnya adalah, sebagai manusia, kita sebenarnya tak nak nampak pelik atau janggal berbanding dengan orang lain.
Taknak nampak pelik atau janggal ni merupakan satu pain point yang ada dalam diri setiap manusia.
Apa jadi kalau ia berlaku?
Kita akan rasa terasing, takut tak diterima, takut ditendang keluar daripada kelompok manusia sekeliling, hanya kerana kita berbeza.
Ini lah tekanan sosial yang manusia kena tanggung selagi mana dia hidup dengan masyarakat.
Dan ini lah yang dipanggil sebagai Social Conformity.
Sebelum kita nak tahu macam mana social conformity ini mempengaruhi sales performance, saya nak ajak tuan – tuan dan puan – puan untuk kita selidik apakah maksudnya dan macam mana ia mencorakkan kehidupan kita.
Baik.
Social conformity bermaksud pembentukan atau perubahan, atau penyesuaian pemikiran dan tingkah laku seseorang mengikut manusia disekelilingnya.
Kita alter cara kita berfikir, kita alter tingkah laku kita, hanya untuk "fit in" dengan sekelompok manusia, sebab kita nak rasa diterima.
Kita ada tekanan dan kemahuan untuk menjadi kepunyaan kepada sesuatu.
Sense of belonging to something.
Macam contoh yang saya sebutkan diatas.
Disebabkan saya nak fit in dengan semua orang yang berada dalam kelas, saya decide untuk tak angkat tangan.
Pasal kalau saya angkat tangan, nanti nampak pelik pulak.
Malu nampak bodoh pun ya juga.
So benda ni jadi norma dan deeply embedded dalam diri student, membuatkan semua orang terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan tersebut walaupun hati tak sepenuhnya rela.
Sama juga seperti contoh saya berada dalam masjid.
Saya terpaksa bangun tunaikan solat sunat sebab nak sesuaikan diri dengan orang sekeliling yang rata – ratanya tunaikan solat sunat.
Tapi itu cerita dulu lah.
Of course bila kita dah meningkat dewasa, kita tahu apa purpose kita buat sesuatu.
National Geographic dalam segmen Brain Games, ada buat satu experiment berkaitan dengan social conformity.
Dalam experiment tu mereka mengkaji tentang bagaimana perilaku sekumpulan manusia disesebuah tempat boleh membentuk perilaku orang yang baru hadir kedalam kelompok manusia tersebut.
So apa yang mereka buat adalah mereka kumpulkan 9 orang pelakon untuk berlakon menjadi pesakit di sebuah klinik mata, bernama Xenia Eyeclinic.
Sementara menunggu nama mereka dipanggil, mereka diarahkan untuk berdiri sekejap setiap kali bunyi “beep”.
Bila pesakit kesepuluh sampai (Pesakit X, seorang wanita), dia pun duduk dalam kelompok pelakon itu.
Dia seorang saja yang betul – betul pesakit.
Yang lain semua pelakon.
Awal – awal dia pelik kenapa setiap kali bunyi “beep” semua orang berdiri?
Lama – kelamaan dia pun ikut dan berdiri juga.
Tanpa mengetahui apa sebab kena berdiri.
Berapa lama masa yang diambil untuk Pesakit X ini ikut?
Hanya dengan 3 kali bunyi “beep”.
Jarak antara “beep” ni bukannya lama sangat pun.
Beberapa saat je.
So bayangkanlah betapa letihnya dia kena berdiri dan duduk berulang – ulang kali kan?
Tapi letih – letih pun dia buat juga.
Bila semua pelakon dah settle diperiksa oleh doktor, maka tinggallah Pesakit X seorang saja dalam bilik menunggu tersebut.
Sekarang Pesakit X dah tak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.
Dia boleh buat keputusan samada nak teruskan amalan berdiri tadi, atau putuskan disitu saja.
Apa yang dia pilih?
Dia pilih untuk berdiri, walaupun tak ada orang tengok, sebab amalan itu dah melekat dalam dirinya.
Maka setiap pesakit yang datang selepas itu, semuanya ikut perilaku Pesakit X.
Pesakit X yang asalnya orang baru dalam sesebuah kelompok manusia, sekarang dah jadi leader mempengaruhi orang lain untuk buat benda yang dia buat.
Bangun berdiri bila dengar bunyi “beep”, tanpa mengetahui sebab apa mereka kena berdiri.
Yang dia tahu perbuatan berdiri itu adalah “rules” klinik yang dia patut ikut.
Habis je experiment, dia pun ditemu ramah oleh kumpulan pengkaji.
Soalannya mudah.
“Kenapa you ikut berdiri?”
Pesakit X pun jawab, “Bila saya nampak orang lain berdiri, saya rasa saya patut ikut mereka. Kalau tidak, saya akan rasa terasing.”
National Geographic tak berhenti disitu.
Mereka buat lagi satu experiment yang berkaitan dengan social conformity melalui segmen yang sama, Brain Games.
Experiment kali ini pula mereka uji sejauh mana seseorang itu mampu untuk berpegang kepada pendapatnya walaupun majoriti orang sekeliling mempunyai pendapat yang berbeza.
Adakah mereka percaya kepada diri mereka sendiri dan berpegang kepada pendapat asal, atau mereka ubah pendapat mereka untuk fit in dengan pendapat majoriti.
Tadi kita tengok perubahan dari segi tingkah laku kan?
Sekarang kita tengok pula perubahan dari segi pemikiran.
Pengkaji menggunakan method yang sama, iaitu dengan bantuan 9 orang pelakon.
Orang kesepuluh adalah orang yang diuji.
Orang kesepuluh ini pula diganti beberapa kali supaya pengkaji dapat lihat perbezaan jawapan diantara mereka.
Pengkaji kemudian bertanyakan 1 soalan objective.
Jawapannya samada A, B, atau C.
Dalam experiment ini, jawapan sebenar adalah C.
Tapi sengaja pengkaji minta kesemua pelakon untuk jawab A.
Bila seorang demi seorang pelakon berikan jawapan secara terbuka, akhir sekali tiba giliran orang yang diuji untuk jawab.
Hasilnya?
Ada yang berpegang kepada pendapat sendiri, ada juga yang merubah pendapat mereka mengikut majoriti.
Bila ditemu ramah peserta yang berikan jawapan A kenapa mereka jawab A, jawapan mereka mudah.
Sebab mereka tak mahu nampak pelik, dan rasa ada pressure untuk ikut majoriti manusia yang lain.
Mereka akui sendiri, walaupun mereka tahu dengan jelas bahawa jawapanya yang sebenarnya adalah C.
Amazing kan?
Tuan – tuan dan puan – puan.
Phenomena social conformity ini terpalit kepada semua benda hidup, termasuk lah binatang.
Sebab the bottom line is, semua benda hidup perlukan sentuhan sosial.
Cuba tengok macam mana binatang bergerak.
Mesti berkumpulan, betul tak?
Kita sebagai spesis sebenarnya lebih selesa bergerak secara berkumpulan untuk merasakan diri kita selamat.
Selamat daripada ancaman mental, dan juga fizikal.
Bergerak secara berkumpulan boleh ensure kita punya survivability.
Bila ada orang yang mempunyai persamaan dengan kita, baru kita rasa lega.
Dulu zaman sekolah kalau kita tak siap kerja rumah, apa kita buat dulu?
Macam biasa, kita cari kawan yang sama – sama tak siap kerja rumah macam kita betul tak?
Kita check siapa lagi yang serupa dengan kita.
Student A: Kau dah siap kerja rumah semalam?
Student B: Dah.
Student A: K fine.
Lepas tu dia tanya orang lain pula.
Student A: Kau dah siap kerja rumah semalam?
Student C: Belum.
Student A: Okay nice.
Untuk apa kita buat benda ni?
Untuk rasa selamat!
Phenomena ini berlaku sebab salah satu fungsi utama otak kita adalah untuk memastikan kita terus kekal hidup, terhindar daripada sebarang ancaman.
Asalkan kita ada geng, kita rasa happy.
Asalkan ada orang yang sama dengan kita, kita rasa tenang.
Walaupun apa yang kita buat tu jelas salah.
Kejap, berdasarkan perbicangan kita dalam social conformity ni, adakah status tidak diterima dalam sesebuah kumpulan itu adalah satu bentuk ancaman?
Ya. Ancaman daripada segi mental yang akan memberi impak kepada emosi kita.
Bila kita tak diterima, kita akan rasa sedih.
Kita mula mengasingkan diri, hilang self - esteem dan malu nak berhadapan dengan orang.
To an extent, kita akan desperate dan mula nak dapatkan perhatian, respect, validation daripada sekumpulan manusia yang kita nak masuk.
Kita akan buat apa yang mereka buat, untuk beritahu mereka "Eh aku pun sama macam kalian semua!"
Kalau kita tengok antara faktor terbesar belia bermasalah pun, asalnya adalah apa?
Pengaruh rakan sebaya.
Yang bermasalah ajak yang baik sebab nak ada geng, yang baik pula ikut sebab nak dapatkan perhatian, respect, dan validation.
Itu lah social conformity.
So now kita dah tahu apa maksud social conformity, sekarang kita tengok pula macam mana kita nak memanfaatkan phenomena ini menjadi kelebihan untuk diri kita.
Boleh ke macam tu?
Mesti lah boleh.
Sebab fitrah manusia akan sentiasa wujud dalam diri kita tak kira apa yang kita buat.
Social conformity adalah salah satu daripadanya.
Tinggal lagi kita saja yang kena bijak untuk mengawalnya.
Samada nak menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk excel dalam hidup, atau beban yang akan menahan kita daripada progress.
Since kita suka bergerak secara berkumpulan untuk rasa selamat, maka dah menjadi tanggungjawab kita lah untuk decide kumpulan macam mana yang kita nak masuk.
Apa bayangan kumpulan yang kita nak.
Fitrah manusia ni kita tak boleh nak control.
Sebab most of the time ia berlaku subconsciously.
Meaning to say, tanpa kita sedar.
Tapi untuk memilih kumpulan, yang itu kita boleh control.
Dan disini lah pentingnya circle.
Saya tahu ramai orang merujuk terma "circle positif" sebagai kawan sekeliling yang baik, khusus dalam konteks keusahawanan.
Namun dalam artikel ini, Saya tak nak guna terma circle positif.
Sebab ia tidak melambangkan maksud sebenar dalam perkara yang saya nak sampaikan.
Tapi terma yang saya nak gunakan adalah Competitive Circle.
Apa yang saya maksudkan dengan Competitive Circle?
Baik.
Jom kita tengok maknanya.
Yang pertama, kita tengok makna circle dulu.
Circle adalah orang yang kita izinkan untuk mempengaruhi hidup kita.
Idea mereka kita terima.
Cara mereka berfikir kita ikut.
Tingkah laku mereka kita tiru.
Mereka tak semestinya orang yang kita jumpa hari – hari.
Dan mereka juga tidak terhad kepada orang yang hanya kita boleh dekati secara fizikal.
Tapi mereka adalah orang yang selalu kita jadikan rujukan.
Tempat untuk kita bertanya.
Tempat untuk kita bermuhasabah.
Sekarang kita tengok maksud competitive pula.
Competitive bermaksud sifat berdaya saing.
Orang yang competitive adalah orang yang suka bersaing atas tujuan untuk perbaiki hidup.
Mereka tidak bersaing untuk puaskan ego semata – mata.
Tapi mereka jadikan orang yang berjaya sebagai inspirasi dan pushing factor untuk capai benda yang sama.
And most of the time, mereka bersaing dengan diri mereka sendiri, yang mana mereka nak jadi lebih baik daripada semalam.
Orang lain disekelilingnya itu hanyalah alat untuk dijadikan contoh.
Jadi, bila dibentuk dengan terma Competitive Cirlce, ia bermaksud sekumpulan orang yang kita izinkan untuk mempengaruhi diri kita supaya menjadi lebih baik sama ada dalam kerjaya mahupun dalam kehidupan secara menyeluruh.
Perkara ini akan berlaku secara semula jadi dengan bantuan daripada social conformity, yang akan saya jelaskan dalam bahagian seterusnya.
At the very least, ini adalah kriteria Competitive Circle:
Orang sebegini lah yang selayaknya kita jadikan sebagai tempat rujukan.
Kebanyakkan orang sales atau orang bisnes memahami dengan adanya competitive circle, kita lebih terpengaruh untuk buat apa yang mereka buat.
Kita lebih terinspirasi untuk capai apa yang mereka capai.
Saya setuju.
Straightforward.
Tapi ada satu sisi lagi yang jarang orang cerita.
Iaitu yang sebenarnya adalah bila kita dikelilingi oleh competitive circle, kita TERPAKSA berubah untuk buat apa yang mereka buat, capai apa yang mereka capai, untuk fit in dengan mereka.
Ingat lagi macam mana konsep social conformity?
Ini lah stratergi yang disengajakan untuk bantu diri kita berkembang.
Disinilah mechanism social conformity dan competitive circle berhimpun.
Baik.
Imagine dulu kita diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.
Setiap bilik menempatkan 10 orang pelajar.
9 orang roommate, kita yang ke – 10.
Asalnya kita ni tak ada lah rajin sangat.
Kebanyakkan hari kita malas.
Tapi bila tepat jam 8 malam setiap hari, kesemua sembilan orang roommate kita mula study.
Kita yang asalnya malas nak study, apa kita rasa waktu tu?
Kita lebih berat untuk rasa inspired nak jadi rajin ke, atau kita rasa terpaksa study untuk ikut rentak roommate?
Anda pasti tahu jawapannya.
So dalam konteks bisnes dan kerjaya, ini apa yang berlaku.
Kalau kita dikelilingi dengan kawan – kawan yang pendapatannya 20 ribu sebulan, kita akan TERPAKSA berusaha keras untuk mendapatkan 20 ribu sebulan juga.
Kalau kita dikelilingi dengan kawan – kawan yang baik pengurusan kewangannya, kita TERPAKSA untuk belajar menguruskan kewangan kita juga.
Kalau kita dikelilingi dengan kawan – kawan yang hardworking, kita TERPAKSA untuk jadi hardworking juga.
Sebab apa kita buat semua ni?
Sebab nak mengikut rentak kumpulan dan rasa diterima.
Kalau kita tak buat?
Kita akan rasa tekanan.
Rasa diri terasing.
Rasa diri tak layak untuk bersama dengan group tersebut.
Rasa terancam.
Dan kita tak suka semua perasaan ini.
Again, ini lah stratergi yang disengajakan untuk memaksa diri kita berkembang.
Kadang – kadang kita buat sesuatu yang bermanfaat bukan sebab terinspirasi sangat pun, tapi kita buat untuk rasa diterima.
Jangan salah faham.
Kita bukan nak menafikan bahawa inspirasi tu tak wujud langsung.
Yes, ada juga waktu kita rasa excited nak buat benda baik bila tengok orang lain buat.
Tapi rasa terpaksa untuk ikut rentak kumpulan ini lah satu phenomena yang berlaku dalam diri manusia, yang jarang sangat orang cerita.
Apabila kita mempunyai sekumpulan kawan yang competitive, secara tak langsung pemikiran kita, tingkah laku kita akan terbentuk dan mengikut rentak kumpulan tersebut.
Competitive.
Perlahan – lahan kita mula pandai buat decision yang terbaik untuk diri kita.
Perlahan – lahan kita dah tak cipta alasan yang sebenarnya tiada.
Perlahan – lahan kita mula pandai cakap NO kepada perkara yang tidak memberi sebarang faedah.
Tingkah laku dan pemikiran sebegini lah yang akan bantu meningkatkan sales performance kita, seiring dengan keputusan bijak yang kita ambil dan tanggungjawab yang kita pikul.
Nak bina competitive circle bukan benda yang susah zaman sekarang.
Untuk orang yang baru berkecimpung dalam dunia sales, tambah pula bergerak seorang diri, yes mungkin agak susah.
Sebab tak tahu macam mana nak bermula.
Tapi jangan risau, ada caranya.
Since circle itu bermaksud orang yang kita izinkan mempengaruhi hidup kita, dan tidak hanya terhad kepada orang yang kita boleh jumpa secara fizikal, maka saya pecahkan kepada 2 category.
Satu category adalah orang kita ada direct access kepadanya (fizikal), satu lagi category adalah orang yang kita tak ada direct access kepadanya (virtual).
Ini straight forward.
Salesperson di agency kebiasaannya ramai.
Tapi anda boleh decide dengan siapa anda nak buat cold calling sama – sama, buat face – to – face marketing sama – sama, direct selling sama – sama, buka booth sama – sama, dan sebagainya.
Mereka ini lah yang selalunya orang panggil sebagai buddy.
Tak perlu yang dahsyat sangat pun tak apa.
Cukup sekadar kalian boleh bekerjasama.
Anda tolong jaga energy mereka, mereka tolong jaga energy anda.
For sure buddy kita tak perfect, begitu juga dengan kita.
Kadang – kadang ada hari yang lemau juga.
Kadang – kadang ada yang terlajak mengata.
Tapi kita boleh buang yang keruh, ambil yang jernih.
Saling ingat – mengingati terhadap perkara yang berfaedah.
Di sepanjang perjalanan anda jadi salesperson, maybe one day anda akan tergerak hati untuk hadir ke public training atau seminar untuk besarkan potensi diri anda independently.
Maksudnya anda nak dapatkan ilmu selain daripada sales leader anda.
Anda nak fresh air.
Bila hari itu sampai, maka ketahuilah bahawa ini adalah cara terbaik untuk anda keluar daripada kepompong.
Dalam majlis networking tersebut mesti ramai orang yang mempunyai pelbagai latar belakang.
Berkawan lah dengan seramai mungkin.
Ambil social media mereka, follow atau add friend.
Paling bagus mestilah ambil nombor telephone.
Bila free, rajin – rajin mengopi.
Cari lah orang yang bukan seindustri dengan anda, berkawan supaya pengetahuan anda akan lebih meluas.
Tak ada lah anda tepu dengan topic yang sama je.
Anda boleh bertukar idea, pandangan, dan pengalaman dengan mereka.
Daripada pengalaman saya, orang yang bukan seindustri dengan saya lah yang paling banyak boleh beri value.
Sebab kadang – kadang mereka boleh beri input yang saya tak pernah nampak pun sebelum ni.
Setiap apa yang mereka bualkan seolah – olah benda baru bagi saya.
Mestilah.
Dah tak satu industri kan?
Ilmu pun mesti lain – lain.
Jadi anda pun boleh buat begitu juga.
Cari orang yang lain latar belakangnya berbanding anda, supaya skop pengetahuan anda lebih meluas, network anda semakin padu.
Setiap pengetahuan baru ini anda boleh jadikan modal untuk bersembang dengan pelanggan pada hari mendatang.
Yang ini paling extreme untuk physical competitive circle.
Nama pun langgan, cara membina competitive circle yang ini adalah berbayar.
In case you are wondering, kenapa agaknya ada segelintir usahawan yang sanggup bayar berpuluh ribu untuk dapatkan access ke dalam specific circle?
Jawapannya, sebab mereka tahu betapa besarnya pengaruh competitive circle kepada bisnes mereka.
Network yang mereka akan dapat.
Mereka tahu social conformity adalah benda real.
Dan mereka sanggup bayar untuk manfaatkan kebaikannya.
Daripada luar mungkin orang akan nampak ia mahal kerana coaching and mentoring daripada business coach.
Tapi antara value terbesar yang lain adalah experience mereka yang berada dalam competitive circle tersebut.
Energy yang mereka orang tak akan dapat diluar.
Ini paling simple untuk bina competitive circle secara virtual, tapi jarang orang buat.
Again, nak bina competitive circle tak semestinya dengan orang yang kita boleh jumpa secara fizikal saja.
Dalam internet pun boleh.
"Kawan tipu - tipu" lah kiranya.
Walaupun mereka tak kenal kita, tapi kita boleh “berkawan” dengan mereka.
Apa yang saya maksudkan dengan orang yang berpengaruh di social media ini adalah orang yang sentiasa memberi value kepada followers mereka.
Value dari segi ilmu, informasi terkini, pengalaman, pengajaran, pandangan rasional, dan sebagainya.
Bahkan, disebabkan mereka consistent beri value itu lah yang membuatkan mereka berpengaruh at the first place.
Ada yang suka buat video, ada yang suka menulis.
Tak kisah mana – mana.
Asalkan kita boleh belajar sesuatu, follow orang – orang ini.
Bukan orang yang famous semata – mata ya.
Kalau famous tapi asyik hiburan saja buat apa, betul tak?
Untuk category sales dan business, saya follow Gary Vaynerchuck, Brad Lea, Jeremy Lee Miner di Instagram.
Untuk isu semasa dan santai, saya follow Khairul Hakimin Muhammad dan Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook.
Untuk ilmu penulisan saya follow Zamri Mohamad, Facebook.
Untuk ilmu parenting saya follow Dr. Redza Zainol, Facebook.
Untuk ilmu agama saya banyak tengok video Ustaz Baba Rusli Jamauddin Al-Banjari, Ustaz Badlishah Alauddin, dan Ustaz Azhar Idrus di Youtube.
Untuk ilmu psychology dan critical thinking saya banyak dengar daripada Professor Jordan B Peterson, juga daripada Youtube.
See, imagine kalau timeline social media kita penuh dengan orang – orang yang sentiasa beri value pada followers-nya.
Sambil – sambil kita chill layan content dekat social media, dalam pada masa yang sama kita juga belajar benda baru setiap hari dengan cara santai.
Tak ada pressure.
Lama – kelamaan otak kita akan dibasuh dengan benda – benda yang bermanfaat saja.
Anda boleh decide sendiri siapa yang anda sudi nak follow.
Tak terikat samada orang luar negara atau orang kita sendiri.
Anda juga boleh follow page – page ilmiah dengan tujuan yang sama.
Untuk belajar secara santai.
Ini lah cara untuk kita bina competitive circle secara virtual.
Saya kira ini cara untuk bina competitive circle paling dahsyat.
Sebab apa?
Sebab dengan baca buku kita dapat ilmu yang terjaga disiplinnya.
Dengan membaca buku kita dapat berkawan dengan penulis.
Mula – mula maybe kita hanya peroleh value daripada apa yang mereka tulis.
Tapi lama – kelamaan kita mula berfikir sepertimana mereka berfikir.
Otak kita semakin kritis.
Reasoning skills kita semakin jelas.
Argument kita semakin berisi.
Kita mula bercakap sepertimana mereka bercakap.
Lama – kelamaan kita pula yang pengaruhi orang lain dengan menggunakan ilmu yang kita dah dapat daripada pembacaan buku ini.
So at this point saya pasti anda dah faham betapa besarnya impak social conformity dan competitive circle dalam hidup kita kan?
Mungkin anda juga dah ada idea macam mana nak bina competitive cirlce sendiri, siapa anda nak izinkan untuk pengaruhi hidup anda.
Itu pun kalau kita berjaya arahkan ia kearah yang baik.
Kalau kita gagal?
Jawabnya kita akan jadi:
Buktinya ada dalam kedua – dua experiment yang saya sebutkan dibahagian awal artikel.
Dalam experiment pertama, subjek ikut saja apa yang orang sekelilingnya buat dan takut untuk mengetahui kebenaran.
Dia sendiri tak dapat kawal tingkah lakunya yang dibentuk oleh orang sekeliling.
Dalam experiment yang kedua pula, subjek tak ada kekuatan untuk percaya dengan diri sendiri.
Suara dan pendiriannya dilupuskan oleh pemikiran orang lain.
Itulah bahaya social conformity.
Untuk lawan bahaya social conformity ini permulaannya adalah dengan awareness.
Kita kena sedar bahawa ini lah yang berlaku dalam realiti.
Ini lah yang berlaku dalam diri kita.
Tanpa awareness kita akan hanyut dengan pengaruh masyarakat sekliling.
Kalau kita tak ada awareness dan ilmu, maka tunggulah saat kita tenggelam dan hidup dalam kebiasaan.
Jangan salah faham ya.
Bukan nak kata masyarakat kita ni tak baik belaka.
Tapi kalau kita ada hajat untuk improve sales performance dan hidup luar biasa, kita kena pandai tapis apa yang kita patut ikut, apa yang kita tak patut ikut.
For sure it’s going to be lonely.
But that’s the price that we need to pay.
Jadi statement saya diatas ni akan membawa kepada persoalan dibawah.
Macam mana dengan circle kita yang sedia ada sekarang ni?
Adakah kita kita kena berkawan dengan orang yang competitive saja dan jauhkan diri daripada yang lain?
No.
Berkawan lah dengan semua orang macam biasa.
Setiap hubungan yang telah kita bina, lebih – lebih lagi kalau darah daging, adalah rezeki hidup.
Kuncinya adalah daripada diri kita sendiri, samada kita nak izinkan mereka mempengaruhi hidup kita atau tidak.
Jadi, asalkan kita dapat kenal dan tapis apa yang kita patut consume dan apa yang kita patut buang, its all good.
Asalkan mereka bukan jenis orang yang toxic merosakkan hidup, masih boleh duduk semeja.
Bahkan ini lah peluang untuk anda inspire orang lain pula, seandainya mereka perlukan pertolongan.
Jangan pula kita selfish nak berjaya sorang – sorang.
Tak seronok!
Social Conformity bukannya benda baik atau buruk.
Ia adalah phenomena semula jadi yang berlaku pada diri kita sebagai species.
Bahkan phenomena ini lah yang telah membantu kita kekal hidup sampai sekarang, meneraju tamadun modern.
Tanpa keinginan untuk mendapatkan sentuhan sosial, mana mungkin manusia itu akan bersatu.
Ini lah fitrah kita sebagai manusia yang kita tak boleh nak buang, tapi kita boleh kawal untuk bawa kebaikan.
Diatas saya ada sebutkan yang social conformity ini adalah strategi yang disengajakan untuk perkembangan diri, dengan membina competitive cirlce.
Dalam pada masa yang sama juga, social conformity pun boleh menjadi punca kenapa kita hilang pegangan, prinsip, dan matlamat hidup.
Justeru, kita sendiri lah yang bertanggungjawab untuk mengawal fitrah kita ini samada nak mendatang kebaikan, atau keburukan.
Semuanya sebab kawan.
Baik circle kita, baik lah kita.
Buruk circle kita, buruk lah kita.
Sepertimana sabda Nabi SAW;
“Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.”
Riwayat at - Tirmizi dan Abu Daud.